Thursday, August 4, 2011

SISTEM SIARAYA

PENGENALAN KEPADA SISTEM SIARAYA

Suara semulajadi tidak cukup kuat bagi pendengar yang berada jauh dari sumber bunyi, terutama dalam jumlah yang ramai. Keadaan ini lebih teruk lagi sekiranya wujud gangguan lain dan bunyi bising persekitaran yang tinggi. Dengan penggunaan peralatan siaraya adalah penting bagi mengatasinya. Keperluan asas dalam sistem siaraya adalah terdiri daripada mikrofon , penguat kuasa dan pembesar suara.

6.5.1 Kategori Sistem Siaraya

Sistem ini boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu:-
i) sistem paras tinggi
ii) sistem paras rendah

6.5.1.1 Sistem Paras Tinggi

Sistem siaraya paras tinggi digunakan bagi kawasan yang akan diliputi oleh pembesar suara yang luas seperti di dalam dewan, masjid, stadium dan Auditorium. Kedudukan pembesar adalah di pepenjuru ruang supaya tidak ada pantulan berlaku dan ini mengelakkan berlakunya bunyi yang berekor.
6.5.1.2 Sistem Paras Rendah

Sistem paras rendah digunakan bagi kaawasan yang sempit dan jumlah pendengar yang sedikit. Ini seperti bilik kuliah , bilik mesyuarat dan bilik taklimat.

6.5.2 Kecekapan sistem Siaraya

Kecekapan sistem siaraya bergantung kepada perkara-perkara berikut:-

a) kekuatan bunyi
b) kualiti bunyi
c) kestabilan bunyi
d) kesan arah

a) Kekuatan Bunyi

Kekuatan bunyi yang betul pada setiap bahagian tidak mudah diperolehi pada umumnya untuk mengatasi masalah ini pembesar suara diletakkan ditempat yang tinggi supaya penonton yang berada dibelakang dan dihadapan berada di dalam lingkungan polar pembesar suara. Penonton di barisan belakang menerima bunyi dengan cara pembalikan dari dinding belakang. Oleh itu sudut kedudukan pembesar suara ditentukan agar pembalikan ini tidak melebihi 6.2 meter dari jarak penonton bagi mengelakkan berlakunya gema.

b) Kualiti Bunyi

Mutu atau kualiti keluaran sistem siaraya adalah dikatakan terbaik jika terdapat penyesuaian di antara arah pembesar suara yang berubah-ubah dengan kawasan yang diliputi oleh bunyi terus dari puncanya. Kedudukan mikrofon dan pembesar suara mestilah dianggap sebagai suatu kendalian yang saling bergantung antara satu sama lain.


c) Kestabilan Bunyi

Sistem dikatakan tiada kestabilan jika mikrofon berada dalam julat liputan pembesar suara. Bahayanya ialah apabila terjadinya penguatan bunyi berulang-ulang kali hingga suapbalik berlaku. Ini akan mewujudkan ayunan kuat jika ia dibenarkan berlarutan dan herotan yang terjadi daripadanya cukup untuk mencemarkan mutu bunyi yang dihasilkan. Cara untuk mengatasinya ialah dengan mengaturkan kedudukan mikrofon dan pembesar suara pada kedudukan yang betul disamping mengawal gandaan penguat yang digunakan.

d) Kesan Arah

Apabila terdapat lebih daripada satu punca bunyi, biasanya telinga akan mendengar bunyi dari sumber yang lebih dekat . Dalam kerja–kerja siaraya adalah perlu untuk mengaturkan jarak dari pembesar suara ke penonton-penonton adalah lebih jauh jaraknya daripada bunyi terus dari sumbernya .Jarak ini mestilah berbeza sebanyak kurang atau sama dengan 11 meter jika lebih akan berlaku gema.

No comments:

Post a Comment