Thursday, August 4, 2011

PERALATAN SIARAYA

Peralatan Bantuan Dalam Sistem Siaraya

Sistem siaraya adalah sistem yang digunakan untuk pendengaran umum. Komponen utama yang digunakan dalam sitem ini ialah :
i) mikrofon
ii) penguat
iii) pembesar suara

i) Mikrofon
- Sejenis alat penukar (tranducer) digunakan kepada satu nilai yang mempunyai kadar yang sama. Ia menukarkan gelombang bunyi kepada gelombang elektrik.

Ciri-ciri mikrofon
- Dapat menukar nilai yang sama.
- Mempunyai julat yang luas.
- Mempunyai kepekaan yang baik pada semua frekuensi.
- Menukarkan tenaga akaustik bunyi kepada tenaga elektrik.
- Jenis elektrostatik, gelang bergerak dan ribbon digunakan untuk penghasilan bunyi kualiti yang tinggi.
- Untuk paras bunyi biasa satu-satu mikrofon perlu menghasilkan isyarat yang jauh lebih tinggi dari paras hinggarnya sendiri, maksudnya ia mempunyai nisbah bunyi dengan hingar yang baik.

ii) Pembesar Suara
Pembesar suara digunakan untuk menukar isyarat elektrik kepada isyarat bunyi yang biasanya lebih kuat daripada sumber asalnya. Sistem penguat dengan satu pembesar suara tidak banyak memberi banyak maklumat tentang kedudukan, ia hanya memberi maklumat tentang jarak. Sistem penguat dengan satu pembesar suara stereo memberikan banyak maklumat tentang kedudukan dan pengasingan bunyi.


- Terdapat 2 jenis pembesar suara iaitu:

a) Gelung bergerak (Moving Coil)
§ Paling biasa digunakan
§ Gegelung diletak pada celah magnet.

b) Piezoelectric
§ Jarang digunakan
§ Sangat baik untuk frekuensi tinggi
§ Contoh pembesar suara piezoelectric – terdapat pada jam tangan berbunyi
§ Tiada gelung
§ Kalau diketuk akan mengeluarkan voltan

c) 2 Way Pembesar suara Sistem
- Untuk sound enforcement, kerana frekuensi yang dihasilkan tidak terlalu
tinggi dan tidak terlalu rendah.
- Merangkumi julat frekuensi yang sesuai didengar.


iii) Penguat

- Menguatkan isyarat untuk pendengaran.
- Kawalan nada disediakan untuk pendengaran yang lebih baik.
- Kuasa per channel tidak melebihi 100W
- Tone control pada kois yang sederhana, ia berada dalam penguat.
- Untuk kos yang tinggi, kawalan nada tidak diperlukan, kerana menggunakan
equalizer.
- Input masukan tidak lagi menggunakan kaset kerana mempunyai keburukan,
kerana ada isyarat kepada puncak kebisingan.
- Sebaliknya input adalah menggunakan CD kerana tidak ada signal ke tahap
kebisingan.

No comments:

Post a Comment