Thursday, August 4, 2011

PENGUAT



BINAAN SPEAKER



MICROFON



PERALATAN SIARAYA

Peralatan Bantuan Dalam Sistem Siaraya

Sistem siaraya adalah sistem yang digunakan untuk pendengaran umum. Komponen utama yang digunakan dalam sitem ini ialah :
i) mikrofon
ii) penguat
iii) pembesar suara

i) Mikrofon
- Sejenis alat penukar (tranducer) digunakan kepada satu nilai yang mempunyai kadar yang sama. Ia menukarkan gelombang bunyi kepada gelombang elektrik.

Ciri-ciri mikrofon
- Dapat menukar nilai yang sama.
- Mempunyai julat yang luas.
- Mempunyai kepekaan yang baik pada semua frekuensi.
- Menukarkan tenaga akaustik bunyi kepada tenaga elektrik.
- Jenis elektrostatik, gelang bergerak dan ribbon digunakan untuk penghasilan bunyi kualiti yang tinggi.
- Untuk paras bunyi biasa satu-satu mikrofon perlu menghasilkan isyarat yang jauh lebih tinggi dari paras hinggarnya sendiri, maksudnya ia mempunyai nisbah bunyi dengan hingar yang baik.

ii) Pembesar Suara
Pembesar suara digunakan untuk menukar isyarat elektrik kepada isyarat bunyi yang biasanya lebih kuat daripada sumber asalnya. Sistem penguat dengan satu pembesar suara tidak banyak memberi banyak maklumat tentang kedudukan, ia hanya memberi maklumat tentang jarak. Sistem penguat dengan satu pembesar suara stereo memberikan banyak maklumat tentang kedudukan dan pengasingan bunyi.


- Terdapat 2 jenis pembesar suara iaitu:

a) Gelung bergerak (Moving Coil)
§ Paling biasa digunakan
§ Gegelung diletak pada celah magnet.

b) Piezoelectric
§ Jarang digunakan
§ Sangat baik untuk frekuensi tinggi
§ Contoh pembesar suara piezoelectric – terdapat pada jam tangan berbunyi
§ Tiada gelung
§ Kalau diketuk akan mengeluarkan voltan

c) 2 Way Pembesar suara Sistem
- Untuk sound enforcement, kerana frekuensi yang dihasilkan tidak terlalu
tinggi dan tidak terlalu rendah.
- Merangkumi julat frekuensi yang sesuai didengar.


iii) Penguat

- Menguatkan isyarat untuk pendengaran.
- Kawalan nada disediakan untuk pendengaran yang lebih baik.
- Kuasa per channel tidak melebihi 100W
- Tone control pada kois yang sederhana, ia berada dalam penguat.
- Untuk kos yang tinggi, kawalan nada tidak diperlukan, kerana menggunakan
equalizer.
- Input masukan tidak lagi menggunakan kaset kerana mempunyai keburukan,
kerana ada isyarat kepada puncak kebisingan.
- Sebaliknya input adalah menggunakan CD kerana tidak ada signal ke tahap
kebisingan.

SISTEM SIARAYA

PENGENALAN KEPADA SISTEM SIARAYA

Suara semulajadi tidak cukup kuat bagi pendengar yang berada jauh dari sumber bunyi, terutama dalam jumlah yang ramai. Keadaan ini lebih teruk lagi sekiranya wujud gangguan lain dan bunyi bising persekitaran yang tinggi. Dengan penggunaan peralatan siaraya adalah penting bagi mengatasinya. Keperluan asas dalam sistem siaraya adalah terdiri daripada mikrofon , penguat kuasa dan pembesar suara.

6.5.1 Kategori Sistem Siaraya

Sistem ini boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu:-
i) sistem paras tinggi
ii) sistem paras rendah

6.5.1.1 Sistem Paras Tinggi

Sistem siaraya paras tinggi digunakan bagi kawasan yang akan diliputi oleh pembesar suara yang luas seperti di dalam dewan, masjid, stadium dan Auditorium. Kedudukan pembesar adalah di pepenjuru ruang supaya tidak ada pantulan berlaku dan ini mengelakkan berlakunya bunyi yang berekor.
6.5.1.2 Sistem Paras Rendah

Sistem paras rendah digunakan bagi kaawasan yang sempit dan jumlah pendengar yang sedikit. Ini seperti bilik kuliah , bilik mesyuarat dan bilik taklimat.

6.5.2 Kecekapan sistem Siaraya

Kecekapan sistem siaraya bergantung kepada perkara-perkara berikut:-

a) kekuatan bunyi
b) kualiti bunyi
c) kestabilan bunyi
d) kesan arah

a) Kekuatan Bunyi

Kekuatan bunyi yang betul pada setiap bahagian tidak mudah diperolehi pada umumnya untuk mengatasi masalah ini pembesar suara diletakkan ditempat yang tinggi supaya penonton yang berada dibelakang dan dihadapan berada di dalam lingkungan polar pembesar suara. Penonton di barisan belakang menerima bunyi dengan cara pembalikan dari dinding belakang. Oleh itu sudut kedudukan pembesar suara ditentukan agar pembalikan ini tidak melebihi 6.2 meter dari jarak penonton bagi mengelakkan berlakunya gema.

b) Kualiti Bunyi

Mutu atau kualiti keluaran sistem siaraya adalah dikatakan terbaik jika terdapat penyesuaian di antara arah pembesar suara yang berubah-ubah dengan kawasan yang diliputi oleh bunyi terus dari puncanya. Kedudukan mikrofon dan pembesar suara mestilah dianggap sebagai suatu kendalian yang saling bergantung antara satu sama lain.


c) Kestabilan Bunyi

Sistem dikatakan tiada kestabilan jika mikrofon berada dalam julat liputan pembesar suara. Bahayanya ialah apabila terjadinya penguatan bunyi berulang-ulang kali hingga suapbalik berlaku. Ini akan mewujudkan ayunan kuat jika ia dibenarkan berlarutan dan herotan yang terjadi daripadanya cukup untuk mencemarkan mutu bunyi yang dihasilkan. Cara untuk mengatasinya ialah dengan mengaturkan kedudukan mikrofon dan pembesar suara pada kedudukan yang betul disamping mengawal gandaan penguat yang digunakan.

d) Kesan Arah

Apabila terdapat lebih daripada satu punca bunyi, biasanya telinga akan mendengar bunyi dari sumber yang lebih dekat . Dalam kerja–kerja siaraya adalah perlu untuk mengaturkan jarak dari pembesar suara ke penonton-penonton adalah lebih jauh jaraknya daripada bunyi terus dari sumbernya .Jarak ini mestilah berbeza sebanyak kurang atau sama dengan 11 meter jika lebih akan berlaku gema.

SILIBUS E4120

UNIT 1: SENGGARAAN

1.0 Menerangkan definisi dan objektif senggaraan.
1.1 Mencegah dan mengurangkan kerosakan
1.2 Kos senggaraan yang minimum
1.3 Memastikan tempuh hayat mesin

UNIT 2: SENGGARAAN

2.0 Menerangkan fungsi senggaraan.
2.1 Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi
2.2 Memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan
2.3 Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optimum.

UNIT 3: SENGGARAAN


3.0 Mengkelaskan jenis-jenis senggaraan.
3.1 Kerosakan
3.2 Perlindungan
3.3 Pembaikan
3.4 Ubahsuai

UNIT 4: SENGGARAAN

4.0 Menghasilkan rekod senggaraan.
4.1 Jadual senggaraan
4.2 Kos senggaraan pencegahan
4.3 Kos baikpulih
E4120 PENYENGGARAAN DAN BAIKPULIH ALAT ELEKTRONIK (ii)


UNIT 5: SENGGARAAN

5.0 Menerangkan organisasi senggaraan.
5.1 Pekerja di bahagian senggaraan
5.2 Pasukan senggaraan dalaman
5.3 Pasukan senggaraan luaran


UNIT 6: SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

6.0 Menerangkan System Bunyi
6.1 Sistem mono
6.2 Sistem stereo
6.3 Sistem quad
6.4 Sistem surround dan system pro-logic surround
6.5 Pengenalan kepada sistem siaraya
6.6 Kaedah pengagihan kuasa kepada speaker dengan talian
6.7 Pengenalan kepada system “sound reinforcemant” dan perbezaan dengan Sistem Siaraya
6.8 Fungsi dan kegunaan flat-flat audio, audio mixer, compresser/limiter,equalizer, delay, sound processor, power amplifier
6.9 Memilih, memasang dan membuat penyambungan Sistem bunyi
6.10 Menyenggara peralatan Sistem Bunyi.


UNIT 7: SISTEM HI-FI DAN SISTEM TEATER RUMAH (HOME THEATRE)

7.0 Menerangkan dan menganalisa Sistem Hi-Fi.
7.1 Peranti-peranti dan cara pemasangan
7.2 Gambarajah blok dan fungsi setiap blok
7.3 Penguat
7.4 Kawalan nada
7.5 Peranti masukan
7.6 Penala
7.7 Pemain kaset
7.8 Peranti keluaran





E4120 PENYENGGARAAN DAN BAIKPULIH ALAT ELEKTRONIK (iii)



UNIT 8: SISTEM HI-FI DAN SISTEM TEATER RUMAH (HOME THEATRE

8.0 Menerangkan dan menganalisa Sistem TeaterRumah
8.1 Peranti-peranti sistem teater rumah
8.2 Melukis Gambarajah Blok Sistem Teater Rumah.
8.3 Fungsi setiap blok.
8.4 Cara Pemasangan Sistem Teater Rumah


UNIT 9: PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

9.0 Menerangkan dan menganalisa DVD
9.1 Fungsi DVD
9.2 Gambarajah blok dan fungsi setiap blok DVD
9.3 Litar DVD
9.4 Kerosakan dan cara membaiki DVD


UNIT 10: PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

10.0 Menerangkan dan menganalisa Audio CD
10.1 Fungsi Audio CD
10.2 Gambarajah blok dan fungsi setiap blok Audio CD
10.3 Litar Audio CD
10.4 Kerosakan dan cara membaiki Audio CD

UNIT 11: PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

11.0 Menerangkan dan menganalisa Digital Audio Tape (DAT)
11.1 Menganalisa Digital Audio Tape (DAT)
11.2 Fungsi DAT
11.3 Gambarajah blok dan fungsi setiap blok DAT
11.4 Litar DAT
11.5 Kerosakan dan cara membaiki DAT







E4120 PENYENGGARAAN DAN BAIKPULIH ALAT ELEKTRONIK


PERNYATAAN TUJUAN

Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar Semester 5 yang mengikuti kursus Diploma di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, POLITEKNIK Malaysia. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep sesuatu unit kearah pembelajaran kendiri atau dengan bimbingan daripada pensyarah.


PRA-SYARAT KEMAHIRAN & PENGETAHUAN

Pra-syarat untuk mengikuti modul ini adalah lulus dalam modul Baikpulih Alat Elektronik E3006.


OBJEK TIF AM

Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat:-

Memahami Senggaraan.
Memahami Sistem Bunyi.
Memahami serta menganalisa Sistem Hi-Fi dan Sistem Teater Rumah.
Memahami Sistem Audio CD.

PERALATAN & SUMBER YANG DIPERLUKAN BERSAMA MODUL

1. Pemain CD, DVD dan DAT
2. Hi-Fi dan PA sistem
3. Litar Skematik CD , DVD dan DAT
4. Sistem Penguat Lengkap ( Mono, Stereo, quad dan surround)
5. Sistem Teater Rumah.

RUJUKAN

Neil Heller and Thomas Bentz, Compact Disc Troubleshooting & Repair, Howard W.Sams & Company, 1987
George Zwick and Homer, Electronic Troubleshooting Procedures and Servicing Techniques, L. Davidson, 1985
Pohlmann, K.C., Principles of Digital Audio (McGraw-Hill Video/Audio Professional), McGraw-Hill,
Roger Dressler, Dolby Surround Pro Logic DecoderPrinciples Of Operation, Dolby Laboratories
Bruce bartlet, How to Maintain Your DAT and MDM.
DAT Machine Repair Tips and Idioyncrasies, Lats Update July 2000

SURROUND



MONO



STEREO



SISTEM MONO,STERO, QUAD,SURROUND

Mono
bermaksud hanya bergantung pada satu rakaman dan saluran bunyi
Stereo
mengeluarkan bunyi dari dua tempat atau arah.Sistem bunyi stereo tidak hanya menyampaikan maklumat dari satu arah sahaja. Ini adalah kerana pendengar boleh mengasingkan atau membandingkan bunyi yang didengar. Kualiti bunyi yang didengar juga boleh diperbaiki dengan mengambil kira keseimbangan,frekuensi dan akustik bunyi bagi kedua-dua sumber iaitu instrumen muzik dan juga kawasan sekitar rakaman yang didengari.
Quad
di kenali sebagai Quadraphonik atau lebih jelas lagi adalah sistem yang menggunakan empat pembesar suara.terdiri dari tiga kepada enam saluran bunyi untuk meningkatkan persembahan drama dalam pawagam. Ciri Dolby Stereo yang paling jelas adalah saluran bunyi ditambah di bahagian tepi dan belakang pendengar atau penonton untuk menghasilkan bunyi di sekeliling penonton tersebut.

Sistem bunyi

Bunyi memberi maksud kepada persepsi penumpuan secara dinamik dan tekanan udara dalam keadaan vakum pada telinga manusia. Manakala audio bermaksud produksi secara elektronik dari bunyi. Secara umumnya, manusia dapat mendengar perbezaan tekanan udara dari julat 20Hz sehingga 20KHz. Paras tekanan bunyi (sound presure level (SPL) or loudness) diukur dengan unit pascal (Pa) di mana 1 pascal mewakili 1 newton per meter persegi. Jadual 6.0 di bawah menunjukkan paras tekanan bunyi bagi keadaan yang terpilih. Unit dBA menerangkan nilai dB terhadap nilai 'threshold' audio yang disetkan pada sifar .